Seksyen 48
Rekuisisi serentak
ActIn forceProvision 48 of 54
Seksyen 48
(1)
Jika rekuisi bagi pemulangan seseorang penjenayah buruan diterima daripada lebih daripada satu negara, Menteri boleh, setelah mengambil kira hal keadaan kes itu, memulangkan penjenayah buruan itu kepada negara yang difikirkannya patut.
(2)
Menteri, dalam menentukan kepada negara yang manakah penjenayah buruan itu sepatutnya dipulangkan, hendaklah menimbangkan segala hal keadaan kes itu dan khususnya―
(a)
keseriusan, secara perbandingan, kesalahan itu;
(b)
tarikh, secara perbandingan, permintaan itu dibuat;dan
(c)
kewarganegaraan atau taraf kerakyatan lain penjenayah buruan itu dan tempat bermastautin biasa.