Skip to content

Seksyen 20

Obligasi kerahsiaan

of Akta Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (Dna) 2009

ActIn forceProvision 20 of 25
Seksyen 20
(1)

Ketua Bank Data DNA, Timbalan Ketua Bank DNA dan pegawai Bank Data DNA atau mana-mana orang yang dengan apa-apa sebab, mempunyai dengan apa-apa cara akses kepada apa-apa data, rekod, buku, daftar, surat-menyurat, apa-apa jua dokumen, atau bahan atau maklumat, yang berhubungan dengan profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya di dalam Bank Data DNA yang dia telah peroleh dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya, tidak boleh memberi, membuka, mendedah, menyiar atau selainnya menzahirkan kepada mana-mana orang, dokumen, bahan atau maklumat itu melainkan sekiranya penzahiran itu dikehendaki atau dibenarkan—

(a)

di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(b)

di bawah mana-mana undang-undang bertulis;

(c)

oleh mana-mana mahkamah; atau

(d)

bagi pelaksanaan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.