Seksyen 19
Penggunaan atau pemakluman tanpa kebenaran profil atau maklumat DNA
of Akta Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (Dna) 2009
Tiada seorang pun yang menerima suatu profil DNA untuk dimasukkan ke dalam Bank Data DNA atau yang mempunyai akses kepada maklumat yang terkandung di dalam Bank Data DNA boleh, kecuali mengikut seksyen 11 dan 22, menggunakan atau memaklumkan profil DNA atau apa-apa maklumat berhubung dengannya untuk digunakan atau dimaklumkan selain bagi maksud Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 20
Akta 699
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.