Akta Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (Dna) 2009 · Updated to 1 Sep 2019 · Bahagian V · Kesalahan
21. Kesalahan mengganggu, bersubahat atau cuba mengganggu profil atau maklumat DNA
Feedback & supportSeseorang melakukan suatu kesalahan jika dia mengganggu atau menyebabkan diganggu apa-apa profil DNA atau apa-apa maklumat berhubung dengannya yang di dalam milikan, jagaan atau kawalan Bank Data DNA.
Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA)
Bagi maksud seksyen ini, mengganggu apa-apa profil DNA atau apa-apa maklumat berhubung dengannya termasuklah yang berikut:
profil DNA atau apa-apa maklumat berhubung dengannya itu diubah atau dipadamkan;
apa-apa profil DNA yang baharu atau apa-apa maklumat berhubung dengannya dimasukkan atau ditambahkan kepada profil DNA atau apa-apa maklumat berhubung dengannya itu; atau
apa-apa kejadian berlaku yang mengurangkan keupayaan
Ketua Bank Data DNA, Timbalan Ketua Bank Data DNA atau pegawai Bank Data DNA untuk mendapat akses kepada profil DNA atau apa-apa maklumat berhubung dengannya.
Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
Mana-mana orang yang bersubahat dalam pelakuan atau yang cuba melakukan kesalahan di bawah seksyen ini adalah bersalah atas kesalahan itu dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu:
Dengan syarat bahawa apa-apa tempoh pemenjaraan yang dikenakan tidak boleh melebihi setengah daripada tempoh maksimum yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.