Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2020Read it in English

Bahagian II · Pelesenan Pengusahaan Pelancongan

12. Pengembalian lesen

Feedback & support
(1)

Jika pembatalan lesen di bawah seksyen 8 telah mula berkuat kuasa, atau jika lesen itu telah habis tempohnya dan tiada permohonan untuk pembaharuan lesen itu dikemukakan dalam tempoh yang dinyatakan, maka pengusahaan pelancongan berlesen itu hendaklah dalam masa empat belas hari mengembalikan lesen tersebut, termasuk apa-apa lesen tambahan, kepada Pesuruhjaya.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan berterusan, boleh, sebagai tambahan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan, dan mahkamah hendaklah memegang simpan lesen itu dan apa-apa lesen tambahan dan mengemukakannya kepada Pesuruhjaya.

Sekatan ke atas penggunaan perkataan “melancong”, dsb.

Report

Bahagian III

Kehendak dan Kewajipan ke Atas Pengusahaan Pelancongan Berlesen

Bahagian IV

Pelesenan Pemandu Pelancong

Bahagian V