Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2020Read it in English

Bahagian II · Pelesenan Pengusahaan Pelancongan

5. Pengusahaan pelancongan hendaklah dilesenkan

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengendalikan, atau mengemukakan dirinya sebagai menjalankan atau mengendalikan institusi latihan pelancongan melainkan jika orang itu memegang suatu lesen yang sah yang diberikan di bawah Bahagian ini.

(2)

Tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengendalikan, atau menganjurkan dirinya sebagai menjalankan atau mengendalikan—

(a)

perniagaan pengendalian pelancongan; atau

Industri Pelancongan 13

(b)

perniagaan agensi pengembaraan, melainkan jika ia adalah suatu syarikat dan memegang lesen sah yang diberikan di bawah Bahagian ini.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan berterusan, boleh, sebagai tambahan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.

(4)

Untuk mengelakkan keraguan, peruntukan *Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] tidaklah terpakai berhubung dengan seseorang yang menjalankan atau mengendalikan suatu institusi latihan pelancongan.

Report

Bahagian III

Kehendak dan Kewajipan ke Atas Pengusahaan Pelancongan Berlesen

Bahagian IV

Pelesenan Pemandu Pelancong

Bahagian V