Akta Industri Pelancongan 1992 · Updated to 1 Dec 2020 · Bahagian IV · Pelesenan Pemandu Pelancong
21. Orang yang memberi perkhidmatan sebagai pemandu pelancong hendaklah dilesenkan
Feedback & support(1)
Tiada seorang pun boleh bertindak, atau menganjurkan dirinya, sebagai seorang pemandu pelancong melainkan jika dia dilesenkan di bawah Bahagian ini.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tujuh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan berterusan, boleh, sebagai tambahan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.