Seksyen 7
Pemberian atau keengganan memberi lesen
of Akta Industri Pelancongan 1992
Pesuruhjaya hendaklah, apabila permohonan dibuat dengan sewajarnya mengikut seksyen 6 dan selepas diberi segala dokumen dan maklumat yang dikehendakinya, menimbangkan permohonan itu, dan jika dia berpuas hati akan kesesuaian pemohon, dan apabila dibayar fi yang ditetapkan, memberikan lesen dengan atau tanpa syarat, atau enggan memberikan lesen.
(2)
Tiap-tiap lesen yang diberikan di bawah subseksyen (1)
hendaklah menyatakan jangka masa lesen sebagaimana yang ditetapkan dan nombor lesen.
(3)
Mana-mana orang yang telah diberikan lesen di bawah subseksyen (1) boleh memohon untuk lesen tambahan bagi pejabat atau premis cawangan untuk menjalankan atau mengendalikan pengusahaan pelancongan dari jenis yang sama seperti yang dia telah dilesenkan.
(4)
Jika Pesuruhjaya enggan memberikan lesen, dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu pemohon secara bertulis mengenai keengganannya itu.