Akta Industri Pelancongan 1992 · Updated to 1 Dec 2020 · Bahagian V
32. Pembaharuan lesen
Feedback & supportTiap-tiap pengusahaan pelancongan berlesen atau pemandu pelancong berlesen hendaklah mengemukakan permohonan kepada
Pesuruhjaya dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan untuk pembaharuan lesennya sekurang-kurangnya tiga puluh, tetapi tidak lebih daripada enam puluh, hari sebelum tarikh habisnya tempoh
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 482
lesen dan permohonan sedemikian hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh
Pesuruhjaya.
Fi yang ditetapkan hendaklah dibayar apabila permohonan itu diluluskan.
(Dipotong oleh Akta A1562).
Tanpa menjejaskan apa-apa alasan lain, Pesuruhjaya boleh enggan memperbaharui sesuatu lesen jika kehendak subseksyen (1)
tidak dipatuhi.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.