Skip to content

Seksyen 6

Pengemukaan permohonan untuk lesen kepada Pesuruhjaya

of Akta Industri Pelancongan 1992

ActIn forceProvision 6 of 53
Seksyen 6
(1)

Suatu permohonan untuk pemberian lesen di bawah Bahagian ini hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pesuruhjaya dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan.

(2)

Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditetapkan dan Pesuruhjaya boleh, pada bila-bila masa selepas menerima permohonan itu dan sebelum permohonan itu ditentukan, secara lisan atau bertulis, menghendaki pemohon memberi apa-apa dokumen atau maklumat tambahan sebagaimana yang didapati perlu oleh Pesuruhjaya untuk menentukan kesesuaian pemohon untuk lesen itu.

(3)

Kehendak di bawah subseksyen (2) boleh berbeza antara seorang pemohon dengan pemohon yang lain, atau antara golongan, kategori atau perihalan pemohon yang berlainan.

*CATATAN—Akta ini telah menggantikan Akta Pendidikan 1961 [Akta 43 tahun 1961]–lihat seksyen 155

Akta 550.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 482

(4)

Jika apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2) tidak diberikan oleh pemohon dalam masa yang dinyatakan dalam kehendak itu atau apa-apa perlanjutannya yang diberi oleh Pesuruhjaya, permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik balik dan tidaklah boleh diteruskan lagi, tanpa menjejaskan permohonan baharu dibuat oleh pemohon.