Akta Industri Pelancongan 1992 · Updated to 1 Dec 2020 · Bahagian III · Kehendak dan Kewajipan ke Atas Pengusahaan Pelancongan Berlesen
16. Pelancongan dalam negeri dan pelancongan ke luar negeri serta aktiviti perniagaan lain
Feedback & supportPesuruhjaya hendaklah mempunyai hak untuk menentukan dan mengenakan dari semasa ke semasa kadar pelancongan dalam negeri dan pelancongan ke luar negeri yang boleh diusahakan oleh seorang pengendali pelancongan berlesen dan boleh, dengan kelulusan
Menteri, memberi kepada semua pengendali pelancongan ke luar negeri suatu tempoh lanjutan sebagaimana yang dinyatakan oleh
Pesuruhjaya dari semasa ke semasa untuk mengusahakan kadar pelancongan dalam negeri yang ditetapkan.
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 482
Pesuruhjaya boleh tidak membenarkan apa-apa aktiviti perniagaan mana-mana pengendali pelancongan berlesen.
Bagi semua pakej pelancongan ke luar negeri, pengendali pelancongan berlesen hendaklah—
membeli polisi insurans; atau
menyebabkan bayaran deposit dalam bentuk wang tunai atau jaminan bank dibuat kepada Pesuruhjaya, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana yang diarahkan oleh Pesuruhjaya.