Akta Industri Pelancongan 1992 · Updated to 1 Dec 2020 · Bahagian III · Kehendak dan Kewajipan ke Atas Pengusahaan Pelancongan Berlesen
17. Pemberitahuan mengenai pertukaran maklumat
Feedback & support(1)
Tiap-tiap pengusahaan pelancongan berlesen hendaklah, sebelum membuat apa-apa pindaan atau, perubahan pada mana-mana dokumen konstituennya, atau sebelum apa-apa pertukaran pengarah atau ketua pegawai eksekutifnya, memberi kepada Pesuruhjaya butir-butir secara bertulis mengenai apa-apa pindaan, perubahan atau pertukaran dicadangkan itu.
(2)
Tiap-tiap pengusahaan pelancongan berlesen hendaklah dengan serta-merta memberitahu Pesuruhjaya mengenai apa-apa pindaan atau perubahan kepada mana-mana maklumat atau dokumen yang telah diberikan kepada Pesuruhjaya berkenaan dengan lesen.