Akta Industri Pelancongan 1992 · Updated to 1 Dec 2020 · Bahagian III · Kehendak dan Kewajipan ke Atas Pengusahaan Pelancongan Berlesen
19. Pengambilan kerja pemandu pelancong berlesen
Feedback & support(1)
Tiada pengusahaan pelancongan berlesen boleh mengambil kerja, atau mendapatkan bagi seseorang pelancong atau mana-mana orang lain perkhidmatan, seorang pemandu pelancong yang tidak dilesenkan di bawah Akta ini atau lesennya telah digantung atau dibatalkan.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.