Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 · Updated to 1 Aug 2006 · Bahagian I · Permulaan
1. Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
Feedback & supportAkta ini bolehlah dinamakan Akta Industri Perkhidmatan
Air 2006.
undang-undang malaysia
*akta industri perkhidmatan air 2006
*catatan—Akta ini masih belum berkuat kuasa.
Undang-Undang Malaysia 14
Akta ini terpakai bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah-Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh-tarikh yang berlainan—
bagi mula berkuat kuasanya Akta ini di bahagian-bahagian yang berlainan di Semenanjung Malaysia dan Wilayah-Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan;
bagi mula berkuat kuasanya peruntukan-peruntukan yang berlainan Akta ini; atau
bagi mula berkuat kuasanya peruntukan-peruntukan yang berlainan Akta ini di bahagian-bahagian yang berlainan di
Semenanjung Malaysia dan Wilayah-Wilayah Persekutuan
Putrajaya dan Labuan.