Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2006Read it in English

Bahagian VI · Kadar, Caj dan Deposit

84. Peraturan-peraturan mengenai kadar, caj dan deposit

Feedback & support
(1)

Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, membuat peraturan-peraturan untuk menetapkan aras kadar yang hendak dicajkan bagi perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat—

(a)

untuk menetapkan kadar perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan termasuk pembekalan air secara pukal;

(b)

untuk menetapkan aras kadar yang berlainan bagi perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan berdasarkan kategori pengguna, jumlah penggunaan, jenis penggunaan dan lokasi geografi atau mengikut apa-apa cara lain yang disifatkan sesuai oleh Suruhanjaya;

Industri Perkhidmatan Air 73

(c)

untuk menetapkan caj penyambungan, penyambungan semula atau apa-apa caj lain, dan deposit, yang berhubungan dengan perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan;

(d)

untuk memperuntukkan bagi penyiaran atau penzahiran kadar bagi perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan; atau

(e)

untuk menetapkan kadar pengebilan dan caj melalui meter dan submeter bagi bangunan.

Report

Bahagian VII

Tribunal Rayuan

Bahagian VIII

Pemindahmilikan Perniagaan

Bahagian IX

Pengambilalihan Kawalan

Bahagian X

Kesalahan Am dan Penalti

Bahagian XI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bab 4

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules