Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2006Read it in English

Bahagian XIII · Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

185. Pemansuhan

Feedback & support
(1)

Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993 [Akta 508], yang disebut “perundangan yang dimansuhkan” dalam Bahagian ini, dimansuhkan berkenaan dengan pemakaiannya bagi Semenanjung

Malaysia dan Wilayah-Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.

(2)

Mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah perundangan yang dimansuhkan hendaklah, setakat yang perundangan subsidiari itu selaras dengan Akta ini, terus berkuat kuasa sehingga dibatalkan atau digantikan oleh mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini, dan hendaklah bagi segala maksud disifatkan telah dibuat di bawah Akta ini.

(3)

Menteri boleh, bilamana didapatinya perlu atau suai manfaat untuk berbuat demikian sama ada bagi maksud menghapuskan kesulitan atau berbangkit daripada terlulusnya Akta ini, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membuat apa-apa ubah suaian kepada mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah perundangan yang dimansuhkan sebagaimana yang difikirkannya patut.

Report