Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 · Updated to 1 Aug 2006 · Bahagian V · Perlindungan Pengguna, Penyelesaian Pertikaian dan Siasatan
68. Standard pengguna
Feedback & supportSuruhanjaya boleh, atas inisiatifnya sendiri atau atas syor
Forum Air, menyediakan atau menyebabkan supaya disediakan standard pengguna yang hendaklah termasuk tatacara contoh bagi—
memenuhi dengan munasabahnya kehendak pengguna;
menangani aduan dan pertikaian pelanggan termasuk suatu proses pengantaraan selain mahkamah, dan tatacara bagi pampasan pelanggan dalam hal pelanggaran standard pengguna; dan
perlindungan maklumat pengguna.
Perkara-perkara yang boleh ditangani dengan standard pengguna boleh termasuk—
pemberian maklumat kepada pengguna berkenaan dengan perkhidmatan, kadar dan prestasi;
tahap perkhidmatan dan kualiti perkhidmatan yang hendak disediakan untuk pengguna;
pengadaan perkhidmatan pembaikan kerosakan;
Undang-Undang Malaysia 66
amalan pengenaan caj, pengebilan, pengutipan dan kredit pelanggan; dan
apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan pengguna.