Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 · Updated to 1 Aug 2006 · Bahagian VII · Tribunal Rayuan
91. Penubuhan Tribunal Rayuan
Feedback & supportSuatu Tribunal Rayuan hendaklah ditubuhkan bagi maksud mengkaji semula mana-mana perkara yang berikut atas rayuan:
apa-apa arahan yang diberikan oleh Suruhanjaya di bawah
Akta ini atau perundangan subsidiarinya;
Undang-Undang Malaysia 78
keputusan Suruhanjaya untuk tidak mendaftarkan mana-mana perjanjian yang menghendaki pendaftaran di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya;
keputusan mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh
Suruhanjaya untuk mendengar dan menyelesaikan pertikaian di bawah Bab 2 Bahagian V;
keputusan Suruhanjaya untuk memberikan atau tidak memberikan kelulusan di bawah seksyen 45;
keputusan Suruhanjaya di bawah seksyen 59; dan
arahan Suruhanjaya di bawah seksyen 64.