Skip to content

Seksyen 181

Penalti bagi perundangan subsidiari

of Akta Industri Perkhidmatan Air 2006

ActIn forceProvision 182 of 194
Seksyen 181

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 179 dan kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 180 atau mana-mana perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini boleh memperuntukkan bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang berlanggaran dengan peraturan-peraturan, kaedah-kaedah atau perundangan subsidiari lain itu sebagai suatu kesalahan dan boleh memperuntukkan bagi penalti denda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau tempoh pemenjaraan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.