Skip to content

Seksyen 33

Kewajipan ketua eksekutif

of Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996

ActIn forceProvision 34 of 105
Seksyen 33

Ketua eksekutif hendaklah, tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan perlembagaan institusi pendidikan tinggi swasta—

(a)

menjalankan penyeliaan am ke atas perkiraan bagi pengajaran, pentadbiran, urusan hari ke hari, kebajikan

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 41

dan disiplin di institusi pendidikan tinggi swasta itu dan semua cawangannya;

(b)

mengemukakan kepada Ketua Pendaftar laporan tahunan yang teraudit bagi syarikat berhubung dengan institusi pendidikan tinggi swasta yang ditubuhkannya; dan

(c)

memberikan apa-apa maklumat lain yang diperlukan oleh

Ketua Pendaftar dari semasa ke semasa bagi pengumpulan data.