Seksyen 36
Orang yang tidak layak terlibat dalam pengurusan institusi pendidikan tinggi swasta
of Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996
Tiada seorang pun yang pernah—
(a)
menjadi anggota lembaga pengarah syarikat yang menubuhkan;
(b)
menjadi ketua eksekutif; atau
(c)
terlibat secara langsung dengan pengurusan atau perniagaan, suatu institusi pendidikan tinggi swasta yang ditutup di bawah
Bahagian XI boleh bertindak dalam sifat yang sama berkenaan dengan institusi pendidikan tinggi swasta yang lain, tanpa kelulusan Menteri.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.