Seksyen 53
Hak untuk membuat representasi hendaklah diberikan dan alasan tambahan bagi pembatalan
of Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996
ActIn forceProvision 57 of 105
Seksyen 53
(1)
Suatu permit mengajar boleh dibatalkan oleh Ketua Pendaftar selepas memberikan orang yang kepadanya ia dikeluarkan hak untuk membuat representasi.
(2)
Sebagai tambahan kepada alasan yang dinyatakan di bawah perenggan 52(1)(a) hingga (e), permit mengajar boleh dibatalkan atas alasan yang berikut:
(a)
bahawa pemegang permit itu bertindak mengikut cara yang menjejaskan atau memudaratkan kepentingan
Malaysia, orang awam atau pelajar; atau
(b)
apa-apa alasan lain yang difikirkan patut oleh Ketua
Pendaftar.