Seksyen 59
Pemberhentian kegiatan perniagaan
of Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996
Sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta hendaklah menghentikan kegiatan perniagaannya dan menamatkan kursus pengajiannya jika—
(a)
kelulusan bagi penubuhannya telah dibatalkan oleh
Menteri;
(b)
pendaftarannya telah dikenselkan oleh Ketua Pendaftar;
(c)
lembaga pengarah memutuskan sedemikian;
(d)
syarikat yang dengannya institusi pendidikan tinggi swasta itu ditubuhkan telah digulung—
(i)
oleh lembaga pengarah syarikat; atau 68 Undang-Undang Malaysia AKTA 555
(ii)
melalui perintah mahkamah; atau
(e)
institusi pendidikan tinggi swasta itu terpaksa ditutup atas apa-apa sebab lain.