Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2019Read it in English

Bahagian XI · Penutupan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta

61. Perkiraan bagi penerusan pendidikan pelajar

Feedback & support
(1)

Jika sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta menghentikan kegiatan perniagaannya menurut—

(a)

perenggan 59(a), perenggan 59(b), subperenggan 59(d)(ii)

atau perenggan 59(e), lembaga pengarah hendaklah memastikan bahawa kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh

Ketua

Pendaftar bagi penerusan pembelajaran pelajar dipatuhi dalam suatu tempoh masa sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar; atau

(b)

perenggan 59(c) atau subperenggan 59(d)(i), lembaga pengarah hendaklah memastikan bahawa kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar bagi penerusan pembelajaran pelajar dipatuhi dalam masa enam bulan sebelum penutupan sesuatu institusi pendidikan tinggi swasta itu.

(2)

Institusi pendidikan tinggi swasta yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

70 Undang-Undang Malaysia AKTA 555

Report

Bahagian XII

Pemeriksaan Institusi Pendidikan

Bahagian XIII

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian XIV

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XV

Peraturan –Peraturan

Bahagian XVI

Bahagian XVII

Peruntukan Kecualian dan Peralihan