Seksyen 35
Obligasi kerahsiaan
of Akta Institut Koperasi (Pemerbadanan) 1968 (DISEMAK—2025)
Kecuali bagi maksud Akta ini atau apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, seseorang anggota Lembaga, atau mana-mana pegawai, kakitangan atau ejen Institut, mana-mana anggota jawatankuasa, atau mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat
Lembaga atau mana-mana jawatankuasa, tidak boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang telah diperolehnya semasa menjalankan kewajipannya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Undang-Undang Malaysia 24
Akta 865