Akta Institut Koperasi (Pemerbadanan) 1968 (DISEMAK—2025) · Updated to 14 May 2025 · Bahagian VI
38. Kuasa Lembaga untuk membuat kaedah-kaedah dan garis panduan
Feedback & supportLembaga boleh membuat apa-apa kaedah-kaedah dan garis panduan sebagaimana yang perlu bagi maksud menguatkuasakan peruntukan Akta ini.
Institut Koperasi (Pemerbadanan)
Secara khususnya, dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kaedah-kaedah dan garis panduan itu boleh memperuntukkan kesemua atau mana-mana perkara yang berikut:
fungsi dan kewajipan pegawai dan kakitangan;
penentuan kehendak yang mengawal pengiktirafan dan penganugerahan diploma, sijil dan kelayakan yang setaraf untuk diberikan oleh Institut;
syarat penerimaan masuk dan kebajikan pelajar;
borang yang dikehendaki bagi maksud Akta ini; dan
apa-apa perkara yang termasuk dalam kuasa Institut di bawah seksyen 6.