Skip to content

Seksyen 40

of Akta Institut Koperasi (Pemerbadanan) 1968 (DISEMAK—2025)

ActIn forceProvision 40 of 41

Seksyen 40

(1)

Semua harta alih atau tak alih yang sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini telah terletak hak pada atau yang dipegang oleh atau bagi pihak Maktab Kerjasama Tanah Melayu hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini dan tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahmilikan, terletak hak pada atau berpindah kepada Maktab untuk hakmilik, estet atau kepentingan yang sama dan atas pemegangan yang sama dan bagi maksud yang sama sebagaimana harta itu telah terletak hak atau dipegang sebaik sebelum Akta ini mula berkuat kuasa.

Undang-Undang Malaysia 26

Akta 865

(2)

Segala hak dan liabiliti yang sebaik sebelum Akta ini mula berkuat kuasa merupakan hak dan liabiliti Maktab Kerjasama

Tanah Melayu hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, menjadi hak dan liabiliti Maktab.