Seksyen 37
Perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati
of Akta Institut Koperasi (Pemerbadanan) 1968 (DISEMAK—2025)
ActIn forceProvision 37 of 41
Seksyen 37
Tiada tindakan atau guaman boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—
(a)
Lembaga;
(b)
anggota Lembaga;
(c)
Institut;
(d)
mana-mana pegawai atau kakitangan Institut; atau
(e)
mana-mana orang yang bertindak secara sah bagi pihak
Institut, bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan dengan suci hati dalam menjalankan atau menunaikan kuasa atau kewajipannya di bawah Akta ini atas kepercayaan yang munasabah bahawa ia adalah perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai dengannya.