Seksyen 41
Sekatan penggunaan perkataan
of Akta Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 2016
ActIn forceProvision 41 of 56
Seksyen 41
(1)
Kecuali dengan kelulusan Institut, tiada seorang pun boleh menggunakan bagi apa-apa jua maksud nama yang mengandungi perkataan “Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia”, “Forest
Research Institute Malaysia”, “Forest Research Institute of Malaysia”
atau abjad “FRIM” atau apa-apa singkatan atau singkatan yang mengelirukan padanya atau apa-apa tanda Institut atau apa-apa yang menyerupainya.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit.
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 31