Seksyen 40
Kerahsiaan
of Akta Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 2016
Kecuali bagi maksud Akta ini atau bagi apa-apa prosiding, mana-mana anggota Institut atau jawatankuasanya atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Institut tidak boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan apa-apa perkara yang diperolehnya semasa melaksanakan kewajipannya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini.
(2)
Semua maklumat yang diperoleh oleh mana-mana anggota
Institut atau jawatankuasanya, atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Institut berkenaan dengan apa-apa rumusan, proses atau amalan berkaitan dengan pentadbiran Akta ini hendaklah dikira sebagai rahsia.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.