Seksyen 39
Larangan terhadap pengeluaran semula atau penerbitan
of Akta Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 2016
Tiada seorang pun boleh mengeluarkan semula atau menerbitkan atau menyebabkan dikeluarkan semula atau diterbitkan kandungan mana-mana dapatan penyelidikan atau mana-mana bahagiannya kecuali—
(a)
dengan persetujuan bertulis terlebih dahulu Ketua Pengarah;
dan
(b)
mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Undang-Undang Malaysia 30
Akta 782
(2)
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.