Akta Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 2016 · Updated to 30 Sep 2016 · Bahagian VI · Pelbagai
42. Perlindungan terhadap tindakan guaman dan prosiding undang-undang
Feedback & supportTindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding tidak boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah—
(a)
terhadap Institut; atau
(b)
terhadap mana-mana anggota Institut atau jawatankuasanya, atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Institut, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian, keingkaran atau peninggalan yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati atas sifat sedemikian.