Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2019Read it in English
Contents

Bahagian IV · Lorong Belakang

66. Pihak Berkuasa Negeri boleh memerintahkan lorong belakang disusun atur

(1)

Pihak berkuasa Negeri boleh pada bila-bila masa atas syor pihak berkuasa tempatan memerintahkan supaya suatu lorong belakang yang lebarnya tidak kurang daripada empat puluh kaki disusun atur melalui mana-mana tanah.

(2)

Tanah-tanah yang dinyatakan dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) itu boleh diambil bagi maksud mengadakan lorong belakang itu dan pihak berkuasa tempatan boleh meminta Pihak

Jalan, Parit dan Bangunan 89

Berkuasa Negeri mengambil tanah itu menurut mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pengambilan paksa tanah.

Penentuan tanah tambahan dalam perintah

(3)

Mana-mana tanah yang pada pendapat Pihak Berkuasa Negeri mungkin perlu diambil olehnya di bawah subseksyen (4) atau (5) atau yang bersempadanan atau berdekatan dengan tapak lorong belakang itu boleh dinyatakan dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen

(1)

sebagai tambahan kepada tanah yang dikehendaki bagi tapak lorong belakang itu.

Hendaklah diambil kesemua bangunan jika sebahagiannya menjadi tidak berguna lagi

(4)

Jika mana-mana bahagian daripada suatu bangunan yang terlekat kepada sesuatu pegangan diambil di bawah seksyen ini dan hal yang demikian menjadikan bahagian bangunan yang selebihnya itu tidak berguna lagi Pihak Berkuasa Negeri hendaklah, jika dikehendaki oleh pemunyanya, mengambil bahagian pegangan yang selebihnya itu iaitu bahagian yang darinya bangunan itu menjadi sebahagian.

Kesemua pegangan diambil dalam hal keadaan tertentu

(5)

Jika mana-mana bahagian daripada suatu pegangan yang tiada apa-apa bangunan terletak kepada bahagian itu atau kepada bahagian pegangan yang selebihnya itu diambil di bawah seksyen ini dan hal yang demikian menjadikan bahagian pegangan yang selebihnya itu tidak berguna lagi sebagai tapak bangunan, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah, jika dikehendaki oleh pemunyanya, mengambil bahagian pegangan yang selebihnya itu.

90 Undang-Undang Malaysia AKTA 133

Report

Bahagian V

Bangunan

Bahagian VI

Pelbagai

Bahagian VII

Undang-Undang Kecil

Bahagian VIII

Pemansuhan, Peruntukan Peralihan, Dsb

Schedules