Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2019Read it in English
Contents

Bahagian IV · Lorong Belakang

69. Peruntukan am berkenaan dengan lorong belakang

(1)

Dalam Akta ini dan dalam undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya pernyataan “lorong belakang” termasuklah tiap-tiap lorong belakang sama ada yang sedia ada atau yang akan ada kemudian daripada ini dan mana-mana bahagiannya dan apa-apa jalan masuk kepadanya dan semua tanah yang telah pun atau yang kemudian daripada ini diambil atau diasingkan untuk atau disusun atur sebagai lorong belakang dan semua alur, parit dan apa-apa yang berkaitan dengan suatu lorong belakang.

(2)

Pihak berkuasa tempatan boleh pada bila-bila masa, menurut budi bicaranya sendiri, menutup atau dengan cara lain menahan sesiapa atau apa-apa jua daripada masuk ke dalam, keluar dari atau masuk kembali ke dalam mana-mana lorong belakang yang dikawal olehnya atau mana-mana bahagiannya sama ada semua sekali atau dengan bersyarat.

Menghapuskan halangan

(3)

Tiada seseorangpun boleh mendirikan atau menyenggara atau membenarkan didiri atau disenggara apa-apa halangan dalam atau atas mana-mana lorong belakang, dan pihak berkuasa tempatan boleh, di mana halangan itu terdapat, menurunkan dan menghapuskan halangan itu dan kos dan belanja bagi menurunkan atau menghapuskan halangan itu boleh dituntut daripada orang yang bertanggungjawab bagi mendirikan atau menyenggara halangan itu atau bagi membenarkan

92 Undang-Undang Malaysia AKTA 133

halangan itu didirikan atau disenggara mengikut cara yang diperuntukkan kemudian daripada ini.

Report

Bahagian V

Bangunan

Bahagian VI

Pelbagai

Bahagian VII

Undang-Undang Kecil

Bahagian VIII

Pemansuhan, Peruntukan Peralihan, Dsb

Schedules