Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian IV · Lorong Belakang
Street, Drainage and Building Act 1974 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian IV · Lorong Belakang
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika Pihak Berkuasa Negeri telah mengambil mana-mana tanah yang perlu dan pihak berkuasa tempatan telah menyusun atur atau membina suatu lorong belakang, pihak berkuasa tempatan boleh menuntut kos bagi mengambil tanah itu dan bagi menyusun atur atau membina lorong belakang itu daripada pemunya bidang hadapan atau pemaju atau kedua-duanya.
Jika kos itu kena dibayar oleh pemunya bidang hadapan kos itu hendaklah dibayar oleh orang yang menjadi pemunya bidang hadapan apabila kerja itu siap.
Pada menentukan amaun yang masing-masing kena dibayar oleh pemunya bidang hadapan atau pemaju itu, pihak berkuasa tempatan hendaklah menimbangkan—
bidang hadapan premis mereka masing-masing ke lorong belakang itu;
luas premis mereka masing-masing;
takat faedah yang akan didapati oleh premis itu dengan menyusun atur atau membina lorong belakang itu;
kos bagi premis yang diserah balik oleh pemunya secara sukarela kepada pihak berkuasa tempatan itu; dan
apa-apa perkara lain yang pada pendapat pihak berkuasa tempatan adalah berkaitan dan patut dipertimbangkan.
Mana-mana lorong belakang yang disusun atur atau dibina oleh pihak berkuasa tempatan hendaklah disenggara oleh pihak berkuasa tempatan.
Bagi maksud subseksyen 65(2), (3), (4) dan (5), seksyen 66 dan seksyen ini, berkenaan dengan Wilayah Persekutuan sebutan mengenai
Jalan, Parit dan Bangunan 91
Pihak Berkuasa Negeri hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Kerajaan Persekutuan.
Bahagian V
Bahagian VI
Bahagian VII
Bahagian VIII