Skip to content

Seksyen 1

of Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993

ActIn forceProvision 1 of 44

Seksyen 1

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan *Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan tarikh yang berlainan boleh ditetapkan bagi mula berkuat kuasanya peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.

*CATATAN—lihat seksyen 4 dan 5 Akta Jualan Langsung (Pindaan) 2010 [Akta A1379].

8

Undang-Undang Malaysia

Akta 500

(2)

Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia dan hanya berkenaan dengan—

(a)

rundingan yang dijalankan selepas tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, yang membawa kepada pembentukan kontrak jualan langsung; dan

(b)

kontrak jualan langsung yang dibuat selepas mula berkuat kuasanya Akta ini, walaupun rundingan yang membawa kepada pembentukan kontrak itu mungkin telah berlangsung sebelum tarikh itu.

(3)

Akta ini tidak terpakai—

(a)

jika pembeli atau bakal pembeli ialah suatu pertubuhan perbadanan;

(b)

bagi apa-apa kontrak insurans dan insurans semula yang dikeluarkan oleh seseorang penanggung insurans yang didaftarkan di bawah *Akta Insurans 1963 [Akta 89];

dan

(c)

bagi apa-apa kontrak takaful dan takaful semula yang dikeluarkan oleh seseorang pengendali takaful yang didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 [Akta 312].

(4)

Peruntukan Akta ini tidak menjejaskan Akta Sewa Beli 1967

[Akta 212], Akta Jualan Barang 1957 [Akta 382], Akta Kontrak 1950 [Akta 136] dan Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dan jika ada percanggahan di antara peruntukan Akta ini dengan peruntukan mana-mana Akta itu, peruntukan Akta ini hendaklah dipakai.

Tafsiran