Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English

Bahagian II · Kehendak Supaya Mendapatkan Lesen untuk Menjalankan Perniagaan Jualan Langsung

4. Perniagaan jualan langsung hendaklah dijalankan hanya dengan lesen

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada seksyen 14 dan 42, tiada seorang pun boleh menjalankan apa-apa perniagaan jualan langsung melainkan jika ia suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan memegang lesen yang sah yang diberikan di bawah seksyen 6.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh—

(a)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan, bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua juta ringgit;

(b)

jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 13

(3)

Jika seseorang, yang menjadi pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai serupa itu yang lain dalam pertubuhan perbadanan itu, pekongsi dalam perkongsian itu atau pemegang jawatan dalam pertubuhan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, melakukan kesalahan di bawah seksyen ini menurut kuasa seksyen 38, dia boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan di bawah perenggan (2)(b).

Report

Bahagian III

Jualan Pintu ke Pintu dan, Jualan Pesanan Pos dan Jualan Melalui Transaksi Elektronik

Bahagian IV

Kontrak Jualan Langsung

Bahagian V

Tempoh Bertenang dan Penamatan

Bahagian VI

Penguatkuasaan