Skip to content

Seksyen 25

of Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993

ActIn forceProvision 25 of 44

Seksyen 25

(1)

Kecuali dalam sesuatu hal apabila subseksyen (2) terpakai, tiada barang-barang boleh dihantarserahkan dan tiada perkhidmatan boleh dilaksanakan di bawah sesuatu kontrak berkenaan dengan sesuatu jualan langsung sehingga tempoh bertenang telah luput.

(2)

Jika seseorang pembeli, yang telah membuat kontrak berkenaan dengan sesuatu jualan langsung, telah menyampaikan suatu notis secara bertulis kepada penjual menghendaki penjual menghantarserahkan barang-barang atau melaksanakan perkhidmatan pada bila-bila masa sebelum habis tempoh bertenang, dia hendaklah disifatkan telah menepikan haknya untuk menamatkan kontrak itu di bawah seksyen 26.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), tiada notis di bawah subseksyen itu boleh disampaikan kepada penjual sebelum habis tempoh tujuh puluh dua jam dari masa kontrak itu dibuat.

(4)

Tiada penjual atau orang lain boleh menerima apa-apa wang atau balasan lain daripada pembeli di bawah sesuatu kontrak yang dibuat di bawah Akta ini sebelum habis tempoh bertenang.

(5)

Mana-mana penjual atau orang lain yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

26

Undang-Undang Malaysia

Akta 500