Skip to content

Seksyen 17

of Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993

ActIn forceProvision 17 of 44

Seksyen 17

(1)

Tiada seorang pun boleh bertandang ke mana-mana premis bagi maksud merundingkan jualan pintu ke pintu pada hari dan di antara waktu yang ditetapkan.

(2)

Mana-mana orang yang bertandang ke mana-mana premis bagi maksud merundingkan jualan pintu ke pintu hendaklah dengan segera menyatakan maksud lawatannya sebelum memasuki premis itu dan hendaklah meninggalkan premis atas permintaan penghuni premis itu atau mana-mana orang yang bertindak dengan kuasa sebenar atau tersirat daripada penghuni itu.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Orang yang merundingkan jualan pintu ke pintu hendaklah menunjukkan kad pengenalan dan kad kuasa