Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English

Bahagian IV · Kontrak Jualan Langsung

23. Kehendak kontrak jualan langsung

Feedback & support
(1)

Sesuatu kontrak berkenaan dengan jualan pintu ke pintu bagi pembekalan barang-barang atau perkhidmatan yang nilainya akan ditetapkan, dan sesuatu kontrak berkenaan dengan jualan pesanan pos—

(a)

hendaklah secara bertulis;

24

Undang-Undang Malaysia

(b)

hendaklah mengandungi, sebelum sahaja tempat yang diperuntukkan bagi tandatangan pembeli, pernyataan

“KONTRAK INI TERTAKLUK KEPADA TEMPOH

BERTENANG SELAMA SEPULUH HARI KERJA”

yang dicetak dengan huruf besar dalam cetakan yang tidak kurang daripada 18 poin Times; dan

(c)

hendaklah ditandatangani oleh penjual dan pembeli kedua-duanya.

(2)

Jika sesuatu kontrak berkenaan dengan jualan langsung dibuat oleh seseorang yang diberi kuasa oleh penjual, orang itu hendaklah disifatkan sebagai penjual bagi maksud seksyen ini.

(3)

Seseorang pembeli yang membuat kontrak yang baginya subseksyen (1) terpakai hendaklah diberi salinan pendua selepas sahaja kontrak itu dibuat.

(4)

Kegagalan mematuhi subseksyen (1) hendaklah menjadikan kontrak itu batal.

(5)

Kegagalan mematuhi subseksyen (3) hendaklah menjadikan kontrak itu boleh dibatalkan atas pilihan pembeli.

Report

Bahagian V

Tempoh Bertenang dan Penamatan

Bahagian VI

Penguatkuasaan