Direct Sales and Anti-Pyramid Scheme Act 1993 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian IV · Kontrak Jualan Langsung
24. Kandungan kontrak jualan langsung
Feedback & supportSesuatu kontrak berkenaan dengan jualan langsung hendaklah mengandungi butir-butir yang berikut:
perihal terperinci barang-barang atau perkhidmatan yang hendak dibekalkan atau, jika kontrak itu membuat peruntukan bagi penjalanan kerja yang jenisnya dinyatakan, butir-butir terperinci kerja itu;
terma kontrak bagi kontrak itu, termasuk jumlah balasan yang kena dibayar atau diberikan oleh pembeli, atau jika jumlah balasan tidak dapat dipastikan pada masa kontrak itu dibuat, cara jumlah itu akan dikira;
masa, tempat dan cara pembayaran hendak dibuat;
Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 25
masa dan tempat bagi penghantarserahan barang-barang atau bagi pelaksanaan perkhidmatan itu; dan
notis dalam bentuk yang ditetapkan yang memberitahu pembeli tentang haknya untuk menamatkan kontrak itu sebelum habis tempoh bertenang.
Kegagalan mematuhi subseksyen (1) hendaklah menjadikan kontrak itu batal.