Skip to content

Seksyen 26

Penamatan kontrak

of Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993

ActIn forceProvision 26 of 44
Seksyen 26
(1)

Seseorang pembeli yang telah membuat kontrak berkenaan dengan suatu jualan langsung boleh menamatkan kontrak itu dengan menyampaikan kepada penjual notis dalam bentuk yang ditetapkan pada bila-bila masa sebelum habisnya tempoh bertenang yang menyatakan niatnya untuk menamatkan atau menarik diri daripada kontrak itu.

(2)

Notis yang disebutkan dalam subseksyen (1) hendaklah disampaikan dengan menyerahkannya kepada penjual atau dengan menghantarnya melalui pos berdaftar kepada alamat yang dinyatakan dalam kontrak itu.

(3)

Jika notis diposkan mengikut subseksyen (2), notis itu hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada penjual apabila habisnya tempoh tiga hari dari tarikh notis itu diposkan.

Efek penamatan