Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2018Read it in English
Contents

Bab 3

29. Kuasa untuk memasuki premis dengan waran geledah

(1)

Jika ternyata pada seseorang Majistret, berdasarkan maklumat bertulis dengan bersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa seseorang telah melakukan atau sedang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, agar apa-apa keterangan atau benda yang perlu dalam pelaksanaan suatu penyiasatan bagi apa-apa kesalahan mungkin ditemui di dalam mana-mana premis, Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa mana-mana Penolong Pengawal yang dinamakan dalamnya untuk memasuki premis itu pada bila-bila masa, dengan atau tanpa bantuan, dan jika perlu dengan menggunakan kekerasan untuk menggeledah dan menyita apa-apa keterangan atau benda.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberi kuasa penggeledahan dan penyitaan apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen, data komputer, barangan atau benda yang mengandungi atau dengan munasabahnya dipercayai mengandungi maklumat tentang apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan atau selainnya perlu untuk melaksanakan suatu penyiasatan bagi apa-apa kesalahan.

(3)

Penolong Pengawal yang menjalankan penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu.

Undang-Undang Malaysia 24

(4)

Penolong Pengawal yang membuat pemeriksaan ke atas seseorang di bawah subseksyen (3) boleh menyita, atau mengambil milikan, dan menyimpan dalam jagaan selamat semua benda selain pakaian yang perlu yang dijumpai pada orang itu, dan apa-apa benda lain, yang mengenainya terdapat sebab untuk mempercayai bahawa benda itu merupakan peralatan atau keterangan mengenai kesalahan itu, dan benda itu boleh ditahan sehingga mahkamah mengeluarkan perintah pelupusan terhadapnya.

(5)

Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak praktik untuk memindahkan apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, barangan atau benda yang disita di bawah seksyen ini,

Penolong Pengawal yang menyita itu hendaklah, dengan apa-apa cara mengelak premis atau bekas yang di dalamnya dijumpai buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, barangan atau benda itu.

(6)

Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (5)

atau memindahkan apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, barangan atau benda yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan.

Report

Bahagian VII

Majlis Penasihat Harga

Bahagian VIII