Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2018Read it in English
Contents

Bab 3

34. Senarai benda yang disita

(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), jika apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, barangan atau benda disita di bawah Bahagian ini,

Penolong Pengawal yang melakukan penyitaan itu hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan menyediakan senarai benda yang disita itu dan dengan segera menyerahkan suatu salinan yang ditandatangani olehnya kepada penghuni premis yang digeledah itu, atau kepada ejen atau pekhidmatnya, di premis itu.

(2)

Jika premis itu tidak berpenghuni, Penolong Pengawal yang melakukan penyitaan itu hendaklah bila mana mungkin menampalkan senarai benda yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.

Report

Bahagian VII

Majlis Penasihat Harga

Bahagian VIII