Price Control and Anti-Profiteering Act 2011 · Updated to 1 Nov 2018 · Bab 3
36. Pelepasan benda yang disita
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika apa-apa buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, barangan atau benda telah disita di bawah Akta ini, Penolong
Pengawal yang melakukan penyitaan itu boleh melepaskan buku,
Kawalan Harga dan Antipencatutan 29
rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, barangan atau benda itu kepada orang yang ditentukan olehnya sebagai berhak secara sah kepadanya, jika buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, barangan atau benda itu tidak dikehendaki selainnya bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta ini atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dan sekiranya sedemikian Penolong Pengawal yang melakukan penyitaan itu, Kerajaan Persekutuan, Pengawal atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan Persekutuan atau
Pengawal tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan buku, rekod, akaun, dokumen, data berkomputer, barangan atau benda itu telah dibuat dengan suci hati.
Suatu rekod bertulis hendaklah dibuat oleh Penolong
Pengawal yang melakukan pelepasan itu bagi apa-apa perkara di bawah subseksyen (1) dengan menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu.
Bahagian VII