Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2018Read it in English
Contents

Bab 3

32. Pemberian maklumat

(1)

Mana-mana orang yang—

(a)

mengetahui atau mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa seorang Penolong Pengawal sedang bertindak, atau bercadang untuk bertindak, berkaitan dengan suatu penyiasatan yang sedang, atau akan, dijalankan di bawah atau bagi maksud Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin akan menjejaskan penyiasatan itu atau penyiasatan yang dicadangkan itu; atau

Undang-Undang Malaysia 26

(b)

mengetahui atau mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa suatu penzahiran telah dibuat kepada seorang

Penolong Pengawal di bawah Akta ini dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin akan menjejaskan apa-apa penyiasatan yang mungkin dijalankan berikutan penzahiran itu, melakukan suatu kesalahan.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) menjadikannya suatu kesalahan jika seseorang peguam bela dan peguam cara atau pekerjanya menzahirkan apa-apa maklumat atau perkara lain—

(a)

kepada pelanggannya atau wakil pelanggannya berkaitan dengan pemberian nasihat kepada pelanggan itu dalam perjalanan dan bagi maksud khidmat profesional peguam bela dan peguam cara itu; atau

(b)

kepada mana-mana orang pada menjangkakan, atau berkaitan dengan dan bagi maksud, apa-apa prosiding undang-undang.

(3)

Subseksyen (2) tidaklah terpakai berhubungan dengan apa-apa maklumat atau perkara lain yang dizahirkan dengan tujuan untuk melaksanakan apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang.

(4)

Dalam prosiding terhadap seseorang bagi suatu kesalahan di bawah seksyen ini, menjadi pembelaan jika orang itu membuktikan bahawa—

(a)

dia tidak mengetahui atau mengesyaki bahawa penzahiran yang dibuat di bawah perenggan (1)(b) berkemungkinan menjejaskan penyiasatan itu; atau

(b)

dia mempunyai kuasa sah atau alasan munasabah untuk membuat penzahiran itu.

(5)

Seorang Penolong Pengawal atau orang yang lain tidak melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini berkenaan dengan apa-apa perkara yang telah dibuat olehnya dalam perjalanan tindakan yang berkaitan dengan penguatkuasaan, atau penguatkuasaan yang dicadangkan, bagi Akta ini.

Kawalan Harga dan Antipencatutan 27

Report

Bahagian VII

Majlis Penasihat Harga

Bahagian VIII