Price Control and Anti-Profiteering Act 2011 · Updated to 1 Nov 2018 · Bab 3
31. Akses kepada maklumat berekod, data berkomputer, dsb
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Mana-mana Penolong Pengawal yang menjalankan kuasanya di bawah seksyen 29 atau seksyen 30 hendaklah diberi akses kepada apa-apa maklumat berekod atau data berkomputer atau berdigital, sama ada yang disimpan dalam suatu komputer atau selainnya.
Kawalan Harga dan Antipencatutan 25
Dalam menjalankan kuasanya, Penolong Pengawal—
boleh memeriksa dan meneliti pengendalian apa-apa komputer dan apa-apa radas atau bahan yang berkaitan yang dia ada sebab munasabah untuk mengesyaki sedang atau telah digunakan berkaitan dengan maklumat atau data itu; dan
boleh menghendaki—
orang yang, olehnya atau bagi pihaknya, pegawai itu ada sebab munasabah untuk mengesyaki, komputer itu sedang atau telah digunakan sedemikian; atau
orang yang bertanggungjawab, atau yang selainnya terlibat dengan, pengendalian komputer, radas atau bahan itu, untuk memberinya apa-apa bantuan munasabah sebagaimana yang dikehendaki olehnya bagi maksud seksyen ini.
Penolong Pengawal boleh membuat salinan atau mengambil cabutan maklumat berekod, data berkomputer atau berdigital itu jika difikirkannya perlu.
Bagi maksud seksyen ini, “akses” termasuk diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan pemahaman maklumat berekod, data berkomputer atau berdigital.
Bahagian VII