Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 · Updated to 2 Feb 2024 · Bahagian IX · Penguatkuasaan
27. Kuasa untuk mengambil sampel
Feedback & supportSetelah pembayaran kepada mana-mana orang yang menjual produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau atau kepada ejen atau pekerjanya, pada nilai pasaran semasa bagi produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau itu, mana-mana pegawai diberi kuasa boleh di tempat yang produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau itu dijual meminta dan memilih dan mengambil atau memperoleh sampel produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau itu bagi maksud analisis.
Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, di tempat yang pegawai diberi kuasa semunasabahnya percaya digunakan atau boleh digunakan bagi maksud pengilangan, pembungkusan, penyimpanan, penyerahan, pengedaran atau penjualan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau itu, meminta dan memilih dan mengambil atau memperoleh sampel produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau itu bagi maksud analisis tanpa bayaran daripada mana-mana pengimport, pengilang atau pengedar atau daripada ejen atau pekerjanya.
Undang-Undang Malaysia 30
Mana-mana orang yang enggan atau cuai untuk mematuhi apa-apa permintaan yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.