Seksyen 31
Kuasa untuk memberhentikan, menggeledah dan menyita pengangkut
of Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024
Sekiranya seseorang pegawai diberi kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa mana-mana pengangkut sedang membawa apa-apa produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau, jentera, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau apa-apa artikel lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini kecuali bagi kesalahan di bawah seksyen 17, sedang atau telah dilakukan, pegawai itu boleh memberhentikan dan menggeledah pengangkut itu dan boleh, jika semasa pemeriksaan itu dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa pengangkut itu sedang atau telah digunakan bagi pelakuan kesalahan itu, menyita pengangkut itu dan mana-mana produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau, jentera, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau apa-apa artikel lain yang dijumpai dalam pengangkut itu yang semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.
Undang-Undang Malaysia 32
Akta 852
(2)
Orang yang mempunyai kawalan atau bertanggungjawab ke atas pengangkut itu hendaklah, jika dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai diberi kuasa—
(a)
memberhentikan pengangkut itu dan membenarkan pegawai diberi kuasa untuk menggeledah pengangkut itu; dan
(b)
membuka semua bahagian pengangkut itu bagi penggeledahan dan mengambil semua langkah yang perlu untuk membolehkan atau memudahkan penggeledahan itu dijalankan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh pegawai diberi kuasa itu.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.