Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 · Updated to 2 Feb 2024 · Bahagian IX · Penguatkuasaan
30. Kuasa untuk membuka bungkusan dan memeriksa produk tembakau, dsb
Feedback & supportBagi maksud Akta ini, seseorang pegawai diberi kuasa boleh membuka, di tempat yang pegawai diberi kuasa semunasabahnya percaya digunakan atau boleh digunakan bagi maksud pengilangan, pembungkusan, penyimpanan, penyerahan, pengedaran atau penjualan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau, atau produk tembakau, bahan merokok, atau produk pengganti tembakau tiruan, apa-apa bagasi, bungkusan, atau apa-apa bekas lain dan boleh memeriksa apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau atau produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau tiruan yang terkandung dalamnya, dan bagi maksud pemeriksaan itu membawa barang yang sama itu ke pejabat pegawai diberi kuasa.